Pelajar Gaza Mendapat Kecemerlangan Menakjubkan

Khamis, 29/07/2010 – Pihak Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa pelajar puteri, Nur Ismail dari Khan Yunis selatan, Semenanjung Gaza menduduki tempat pertama sekolah menengah seluruh Palestin untuk jurusan sains. Dalam majlis tersebut diumumkan juga, empat pelajar dari Gaza termasuk 10 terbaik di jurusan yang sama. Sementara 10 terbaik untuk jurusan sastera, enam di antaranya berasal dari Gaza. Ini bukan berita biasa, tetapi sangat luar biasa. Ini kerana sekolah-sekolah di Semenanjung Gaza yang dihancurkan Israel dan guru serta pelajarnya tahun ini dalam keadaan yang sangat daif dan sukar. Di tambah lagi dengan sekatan yang sangat kejam terhadap Gaza. Semua kesukaran tersebut boleh sahaja menjadi alasan kepada mereka yang mempunyai nilai dan jati diri yang rendah. Barangkali lulus sahaja sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Namun ketika tempat pertama di jurusan sains adalah seorang puteri dari Khan Yunis dan 10 terbaik adalah pelajar dari Gaza, maka rasanya pencapaian ini menjadi sangat menakjubkan..sambungan..

Pesanan Buat Pendakwah

Keberanian seorang pendakwah atau mubaligh itu bergantung kepada keyakinan diri,ketenangan dalam penampilannya dan keteguhan mentalnya. Ketiga sedang menghadapi umum,ia harus bersikap tenang,percaya kepada diri,yakin dengan apa yang disampaikanya dan mampu menguasai diri.


Seorang pendakwah yang berani tahu bagaimana mengatur penampilan,mengatur irama suara dan menguasai medan yang sedang dihadapi.

Sesungguhnya awal kegagalan ialah sifat penakut. Seorang pendakwah yang lemah,ketika memulai bicara seluruh anggota tubuhnya akan merasa gementar,lidahnya kelu dan keringat bercucuran. Pendakwah seperti ini akan dijauhi oleh para pendengarnya sehingga dengan demikian ia mengalami kegagalan yang teruk.

Bagaiman ia boleh mempengaruhi umum jika ia sudah takut terhadap mereka?Bagaimana ia boleh menguasai mereka kalau ia merasa malu kepada mereka?

Sesungguhnya keteguhan hati dalam menghadapi umum adalah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan Allah kepada seseorang yang memiliki kemampuan dan bakat sehingga ia sanggup menghadapi umum dengan tenang. Bahkan semakin besar umum yang dihadapi,semakin besar puka semangatnya untuk tampil sebaik mungkin untuk memuaskan mereka.Itulah perkara yang kita lihat pada seorang mubaligh yang berjaya dan terkenal.

Ibnu Zubair dengan tenang berpidato di tengah-uengah para pengikutnya meskipun waktu itu nyawanya diancam anak panah berapi yang dibidikkan kepadanya dari atas bukit. Namun hatinya tegar dan jiwanya tetap tenang tidak terpengaruh dengan ancaman itu kerana dia berpegang pada prinsip kebenaran.

Sambil menghadapi musuh dan memegang pedang,Thariq bin Ziyad menyampaikan pidato ketenteraan berapi-api di hadapan pasukannya.

Awal kegagalan ialah merasa gagal itu sendiri. Merasa kalah sebelum perang adalah pengecut. Sementara optimis adalah magkota bagi orang yang siap maju dan para pemberani. Optimis adalah kunci kejayaan.

Nabi Sulaiman as Dengan Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun. Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk- Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada- Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Kerana Sebiji Kurma

Suatu malam,Rasulullah tidak boleh tidur dan membolak-balikkan tubuhnya di atas katil dengan penuh gelisah. Isterinya bertanya: “Wahai Rasulullah!Engkau tidak tidur semalaman?”


Rasulullah menjawab: “Aku menemui satu biji kurma di jalan,lalu aku pungut buah itu dan aku makan daripada nanti busuk dan terbuang sia-sia. Namun kini aku merasa gelisah,kerana siapa tahu kalau buah kurma yang kumakan termasuk harta sedekah.”-Hikayat-I Sahabah,Zakaria

Khalifah Contoh

Yahya bin Aqsam mengisahkan bila dirinya pernah melewatkan satu malam bersama Khalifah Ma’num dan terbangun waktu malam kerana tersangat haus. Ia pun berusaha mencari air.


Waktu itulah Khalifah Al Ma’mum terjaga dan bertanya:”Yahya,ada apa denganmu?”

“Aku haus,”jawab ku.

Khalifah Al Ma’mum bangkit dari katilnya dan pergi mengambil airnya. Aku bertanya:Wahai Amirul Mukminin,mengapa anda tidak memanggil pelayan sahaja?”

Khalifah menjawab:”Tidak. Ini kerana Rasulullah saw bersabda:”Pemimpin rakyat adalah pelayan mereka.”-Tarikh-I Khulafa

Adab Imam Malik Terhadap Ilmu

Khalifah Harun Ar Rashid adalah khalifah yang paling terbilang di kalangan khalifah Bani Abbasiyah. baginda bukan sahaja seorang raja yang cekap dan berkaliber bahkan juga seorang yang mencintai ilmu pengetahuan serta menghormati para alim ulama. Khalifah Harun Ar Rasyid juga diriwayatkan sebagai seorang ahli sastera,ahli syair yang berbakat.


Ada banyak kisah yang terkenal antaranya ialah berhubung azamnya hendak menuntut ilmu daripada Imam Malik,seorang ulama yang masyhur pada zamannya.

Pada suatu masa, semasa khalifah Harun Ar Rasyid sampai ke Madinah,Imam Malik kebetulan ada di situ. Di masa itu Imam Malik dikhabarkan baru sahaja selesai mengarang kitab agamanya yang masyhur iaitu Al Mautta. Kitab ini diajar kepada orang ramai. Setelah mendengar akan keutamaan kitab tersebut maka timbullah niat di hati baginda untuk mempelajari kitab tersebut daripada Imam Malik. Maka badginda pun mengutuskan seorang wakil supaya berjumpa Imam Malik untuk mengajak Imam Malik berjumpa dengan baginda. Baginda ingin sangat untuk mempelajari kitab tersebut.

Sebaik-baik sahaj utusan itu sampai kepada Imam Malik dan menerangkan maksud kedatangannya maka Imam Malik pun menjawab,

“Tolong sampaikan salam saya kepada Amirul Mukminin dan sembahkan kepadanya bahawa ilmu pengetahuan itu haruslah dicari oleh orang yang memerlukannya,bukannya ilmu itu datang mencari orang yang berhajatkan kepadanya”.

Demikian tegas dan beraninya Imam Malik membuat teguran kepada Harun Ar Rasyid,khalifah umat Islam pada masa itu. Utusan itu pun kembalilah kepada khalifaf Harun Ar Rasyid untuk menyampaikan pesanan Imam Malik.

Tidak lama kemudian,Imam Malik pun berkunjung ke kediaman khalifaf Harun Ar Rasyid. Sampai di sana,Amirul Mukminin pun bertanya,

“Tempoh hari aku menghantarkan utusan kepada rumah tuan,mengapa tuan menyalahi perintahku”.

Imam Malik pun menjawab,”Sebenarnya saya mahu Amirul Mukminin memuliakan ilmu pengetahuan dan merendahkan diri kepadanya supaya Allah swt juga akan meninggikan juga timbangannya kelak”.

Dengan jawapan Imam Malik itu,maka fahamlah khalifaf akan tujuan kata-kata Imam Malik itu. Setelah itu baginda pun turun daripada takhtanya lalu berjalan bersama Imam Malik menuju ke rumahnya untuk mempelajari kitab Al Mautta. Setelah sampai di rumah Imam Malik,khalifaf itu pun duduk di atas sebuah kerusi yang lembut. Melihat keadaan itu,Imam Malik pun menegurnya lagi,

“Wahai Amirul Mukminin yang kami muliakan. Saya dapati sekelian alim ulama di negara tuanku ini sikap mereka sangat memuliakan ilmu pengetahuan serta merendahkan diri terhadapnya”.

Mendengar sindiran Imam Malik itu,baginda pun turunlah dari atas kerusi lembut itu lalu duduk bersama Imam Malik.

Daripada kisah itu maka dapatlah kita ambil pengajaran bahawa betapa kita perlu memuliakan ilmu tanpa mengira pangkat yang kita ada. Carilah sendiri guru untuk mengajar jika kita berhajatkan ilmu daripada mereka serta jagalah adab ketika menuntut ilmu.

Umar RA dan Burung Pipit


Dari Abdullah bin Umar bahawa nabi saw bersabda:


“Orang-orang yang penyayang akan disayangi oleh Allah yang maha penyayang. Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi nescaya Dzat yang ada di langit akan menyayangi kalian”.

Kisah Umar ra dengan anak pipit

Suatu hari Saiyidina Umar ra berjalan-jalan di kota Madinah. Dia melihat seekor anak burung pipit dipermainkan oleh seorang anak kecil dengan tangannya. Umar amat kasihan melihat burung pipit itu lalu membelinya kemudian diterbangkan ke angkasa.

Ketika Sayidina Umar ra wafat,beberapa orang ulama telah bermimpi bertemu beliau dan menyanyakan keadaannya.

“Apakah yang telah dilakukan Allah kepadamu wahai Umar?”

“Allah mengampuni aku dan melewatkan dosa-dosaku,”jawab Umar.

“Kerana apa?Kerana kedermawaanmu?Keadilanmu?Kezuhudanmu?”

Umar ra menjawab,”Ketika kalian menguburkan aku,menutupi aku dengan tanah dan meninggalkan aku seorang diri maka dua malaikat yang menakutkan datang kepadaku. Aku kehilangan akal. Sendi-sendi aku tergoncang kerana ketakutan. Mereka lalu mengambil dan mendudukkan aku,bermaksud menanyai aku. Tiba-tiba terdengar suara keras berkata:

“Tinggalkan hamba Aku. Aku menyayangi dia. Semua dosanya telah Aku ampuni kerana ketika di dunia ia telah menyayangi seekor anak pipit. Maka ketika ini Aku mangasihinya sebagai balasan.

Ilmu Kunci Ke Syurga


Allah telah mengiktiraf kelebihan orang yang berilmu dan menegaskan kepentingan menuntut ilmu berdasarkan ayat-ayat al quran yang diturunkan kapada junjungan besar kita nabi Muhammad saw dan banyak juga disebutkan di dalam hadis baginda saw.Antaranya ialah:


Ayat daripada al quran:

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.”-Al Mujadalah:11



"(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.-Az Zumar:9



“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.”-An Nahli:43

Petikan hadis:

Apabila datang atasku penrgantian hari,sedang pada hari itu aku tidak menambahkan ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah,maka aku tidak akan diberkahi pada hari itu-(HR Thabrani)


Tidak ada suatu hadiah daripada seorang muslim kepadfa saudaranya yang paling bermutu kecuali kata-kata hikmat-(HR Baihaqi)


Tidak wajar bagi orang yang tidak berilmu berdiam diri di atas kejahilanya dan orang yang alim berdiam diri diatas kealimannya-(HR Thabrani)

Beberapa kitab dan artikel yang berguna yang boleh dijadikan panduan kita seperti:

Jalan dakwah: Download
Dakwah Fardiyyah: Download
Wahyu terakhir: Download
Nasihat Luqman alHakim surah Luqman ayat 11 - 19: Download
Doa yang tidak dimakbulkan: Download

Pondan!

Antara perkara yang pelik yang berlaku kepada umat masa kini ialah golongan lelaki yang menyerupai wanita dan begitu pula yang sebaliknya. Hari ini,perkara pertama yang dilakukan oleh seorang pemuda apabila bangun pagi ialah mencukur janggutnya,memakai krim rambut dan bau-bauan seperti seorang wanita. Sesetengahya pula ada yang mencukur bulu kening dan mewarnainya. Rambut juga akan disemburkan dengan pewangi kemudian menggayakannya seperti rambut seorang perempuan kerana “up to date” dan menurut fesyen terkini. Ada sesetengahnya pula memakai gelang dan rantai emas. Tidak kurang juga yang bertocang atau memakai riben sehingga menampakan diri mereka itu seorang pondan yang mengada-ngada,mengalahkan golongan wanita yang sebenar. Tidak ketinggalan juga para wanita. Baik dari segi pakaian,kasut,kerjaya,penulisan di suratkhabar dan majalah,politik dan sebagainya sehingga menyerupai golongan lelaki. Tidakkah kita tahu bahawa golongan wanitlah yang paling mudah memasuki syurga dan paling mudah memasuki neraka?Apabila berkerjaya seorang wanita itu,apatah lagi jika kedudukan pendidikannya lebih tinggi berbanding seorang suami,maka ketika itulah mereka akan mudah dikuasai sikap ego dan melawan kata-kata suami. Mudahnya wanita memasuki syurga dengan menjaga harta suami ketika ketiadaan suami serta menjaga nama baik suami dan tidak menceritakan kelemahan suami kepada orang lain.


Nabi Muhammad saw telah mengkhabarkan:

“Perbuatan sebegitu adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat”.

Abu Nu’aim dalam “Al Hilyah” meriwayatkan daripada Huzaifah bahawa nabi saw bersabda:

“Antara tanda-tanda kiamat ialah golongan lelaki menyerupai wanita dan golongan wanita menyerupai lelaki.”

Namun telah menjadi sifat semulajadi manusia sejak nabi Adam as diciptakan,apabila dilarang kita melakukan sesuatu maka yang dilarang itulah yang akan dibuat orang. Hanya orang yang betul-betul taqwa kepada Allah sahaja yang mampu menggunakan akal dan imannya dalam membuat sesuatu penilaian sebelum melakukannya.

Tanda Kiamat



Termasuk dalam pengkhabaran akan datang yang disebutkan rasulullah saw ialah perempuan yang rosak akhlak dan berkelakuan melampaui batas kesusilaan,golongan lelaki pula rakus mengejar pangkat dan harta seperti menjadi hakim,menteri,diplomat dan sebagainya. Sesetengah yang berjaya mendapat kedudukan tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga tarafnya itu sehingga berani menentang syariat dan mengikuti kemahuan dan kehendak nafsunya sagaja. Perkara ini telah nabi Muhammad saw sabdakan yang bermaksud:

“Bagaimana keadaan kamu wahai manusia di ketika mana golongan wanita kamu memberontak(melampaui batas kesusilaan) dan pemuda kamu menyimpang daripada kebenaran(rosak moral).”

Jawab para sahabat,”wahai rasulullah,adakah perkara yang begini akan berlaku?”

“Ya”,jawab baginda.

Ibnu Waddah meriwayatkan dalam “Al Bida” dengan sanadnya daripada Dhimam Ibnu Al Mu’afiri daripada sekumpulan ahli ilmu bahawa nabi saw bersabda:

“Bagaimana keadaan apabila golongan pemuda di antara kamu terjerumus ke dalam kancah maksiat,golongan wanita melampaui batasan dan ramai yang jahil tentang agama?”Berkata para sahabat,”Apakah perkara sedemikian akan berlaku ya rasulullah?”Sabda baginda,”yang lebih teruk daripada itu pun akan berlaku juga”.

Sekarang dengan jelas dan terbuka kita dapat melihat banyak perkara seperti yang rasulullah saw sabdakan telah berlaku. Mereka tanpa segan silu melakukan segala macam maksiat dan kemungkaran.Stdah tidak ada lagi jurang antara islam dan kekufuran. Semoga kita terselamat daripada fitnah tersebut.

Perempuan Islam Agung!

Muslimah Solehah
Pada zaman rasulullah saw,ada seorang pemuda bernama Julaibib,seorang yang belum beristeri kerana dirinya kurang menarik dan pendek. Keluarganya pula tidak terkenal seperti orang lain cuma dia termasuk golongan Ansar.


Julaibib suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka tetapi tidak seorang pun yang mahu menerimanya sebagai suami atau menantu. Hal ini diketahui oleh nabi Muhammad saw sehingga baginda kasihan akan nasib Julaibib.

“Wahai fulan,kahwinkanlah aku dengan anak gadismu!”kata nabi saw kepada seorang sahabat baginda.

“Baik dan dengan senang hati!” jawab orang itu.

“Tetapi pinangan ini bukan untuk aku,” kata nabi saw selanjutnya.

“Untuk siapa?”tanya orang itu dengan terkejut sebab menyangkakan nabi saw mengingini anaknya.

“Julaibib”,jawab baginda saw.

“Ya rasulullah,baiklah aku akan musyawarahkan dengan ibunya”kata orang itu lagi. Orang itu segera pulang ke rumahnya. Dalam hatinya timbul pertanyaan bagaimanakah nanti kalau isterinya menerima atau menolak pinangan itu. Amatlah tidak baik bagi seseorang mukmin menolak pinangan nabi besar junjungan manusia. Tetapi dia juga amat berat hati untuk menjodohkan anaknya seterusnya bermenantukan Julaibib. Tentu akan menjadi buah mulut orang kerana sanggup menerima Julaibib,seorang yang tidak laku.

“Nabi saw meminang anak gadis kita” kata orang itu kepada isterinya.

“Baik,dengan senang hatinya” sahut isteri beliau.

“Tetapi bukan untuk diri baginda,untuk Julaibib” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah!Aku tidak akan mengahwinkan anak aku dengan Julaibib!”Jawab isteri orang itu tegas.

Mendengar itu,lelaki tadi bersegera ingin menemui nabi saw. Namun anak gadisnya yang mendengar perbualan itu sedar bahawa menolak pinangan nabi saw bererti menolak ketentuan nabi saw terus. Dia terus keluar dari biliknya dan berkata,

“Apakah mak dan ayah menolak pinangan nabi saw?Beritahu nabi saw bahawa aku menerima pinangannya kerana aku yakin nabi saw tidak akan mensia-siakan aku”. Begitulah kata-kata anak lelaki itu dengan penuh yakin.

Alangkah tingginya iman gadis itu dan jauh sekali pandangannya. Ia tidak melihat tentang Julaibib itu buruk dan tidak disukai tetapi dia lebih melihat dan menghargai ketentuan nabi saw.

Mendengar kata anak gadisnya itu,lelaki tersebut terus berjumpa dengan rasullullah dan memberitahu baginda badawa pinangannya diterima.

Nabi mengahwinkan gadis itu dengan Julaibib dan berdoa,

“Ya Allah,limpahkanlah keberkahan atas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau membiarkannya hidup dalam susah-payah.

Begitulah kisah agung seorang gadis dalam sejarah islam yang lebih menerima ketentuan nabi saw berbanding kehendak dirinya sendiri. Julaibib ini sebenarnya seorang pahlawan yang ulung walaupun buruk rupanya. Dia telah syahid semasa menyertai perang bersama rasulullah. Rasulullah saw sendiri turut serta dalam menguburkan jasadnya. Isterinya menjadi seorang janda yang terhormat sepeninggalannya. Kedua pasangan ini mendapat penghargaan yang tinggi daripada rasulullah sendiri.



“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat).”-Al Ankabut:64

Hebatnya Budak Itu!!

Di zaman Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal kerana sifat penyantun,adil dan merendah diri. Nama raja itu ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz.


Pada suatu hari,ramai wakil dari jajahan tahluknya datang menghadap baginda bagi melaporkan keadaan di tempat masing-masing. Jajahan Hijaz, salah satu daripada jajahan tahluk khalifaf Umar Abdul Aziz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya. Maka setelah semua perwakilan hadir,bentara dalam pun mempersilakan baginda bertitah. Setelah bertitah baginda pun menitahkan perwakilan dari Hijaz supaya berucap terlebih dahulu.

Maka perwakilan Hijaz pun bangun dengan hormat. Apabila melihat seorang budak yang bangun,maka khalifaf Umar Abdul Aziz pun berkata,”Hai budak,biarlah orang yang lebih tua berucap terlebih dahulu.” Mendengar itu budak itu lantas menjawab:

“Ya amirul mukminin!Sekelian manusia sebenarnya dipandang daripada dua perkara iaitu hati dan lidahnya. Maka apabila Allah telah mengurnialan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang arif lagi bijaksana maka orang itu lebih berhak bersuara.Jika dipandang dari segi umur maka ketahuilah wahai amirul mukminin,ada orang yang lebih berhak duduk di atas tahta tuanku sekarang”.

Kata-katanya yang bernas membuatkan baginda sedar akan kesilapannya lantas baginda berkata:

“Benar katamu wahai wakil yang dihormati. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan negerimu!”.Maka budak itu meneruskan,

“Ya amitul mukminin yang kami muliakan. Kami sekelian ini adalah wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukan kecelakaan. Kami sekelian ini menghadap tuanku bukan kerana hendak mengadu hal negeri kami itu tidak aman kerana kami telah merasai nikmat kesentosaan hidup di bawah naungan tuanku yang adil. Kami sekelian telah memperoleh apa yang kami mohonkan”.

Khalifaf Umar Abdul Aziz merasa pelik melihat kefasihan dan bijaknya budak yang berucap mewakili negerinya. Baginda pun bertanya:

“Berapakah umurmu wahai wakil yang budiman?”

“Sepuluh tahun tuanku!”

Setelah mendengar jawapan budak itu,baginda pun memerintahkan agar wakil muda itu diberi penghormatan dan martabat yang sewajarnya.

Untuk Perempuan

 Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.




Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah;

"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"



Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".



Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"



Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan



Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa

itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan



Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan



Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan



Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan



Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;dan lagi



Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan



Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.



Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;



"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"



Maka sabda Nabi SAW.;



Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,



Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.



Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.



Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.



Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.



Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa

sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.



Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).



Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.



Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A yang kita lupa

• Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut (kita pula amat payah untuk bermanis mula di hadapan orang ramai...contoh di hospital,despatch ubat main baling ja..orang melayu islam pula tu..tak pa,anda penjawat awam,berjawatan tinggilah katakan...kita jumpa di akhirat..)

• Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya,(bagi yang suka berdua-duaan(kapel haram),kalau aku cakap kalian bermaksiat,kalian marah..aku cakap jangan hampiri zina korang cakap "kami cuma bual-buak,tak salahkan"...tak apa,akhirat cerita)

• Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan(macam mana kami nak taat kalau konsert rock anda halal kan...rasuah anda kerjakan...judi,nombor ekor anda halalkan...hm,...menjawablah di akhirat)

• Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku.(beramalah anda ketika senang supaya tidak menyesal apabila susah...)

• Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat(sedekah...minggu ini berapakah yang anda sumbangkan kepada tabung masjid@surau?)

• Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu(ulama sekalian,anda tahu sendiri apa yang terjadi kepada masyarakat kita masa kini...anda yang diberi kuasa,pergunakanlah sebaiknya bukan untuk mendapat nama di dunia semata-mata..siapalah aku untuk menasihati kalian yang lagi pakar bab agama...)

.........

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"