Tanda Kiamat



Termasuk dalam pengkhabaran akan datang yang disebutkan rasulullah saw ialah perempuan yang rosak akhlak dan berkelakuan melampaui batas kesusilaan,golongan lelaki pula rakus mengejar pangkat dan harta seperti menjadi hakim,menteri,diplomat dan sebagainya. Sesetengah yang berjaya mendapat kedudukan tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga tarafnya itu sehingga berani menentang syariat dan mengikuti kemahuan dan kehendak nafsunya sagaja. Perkara ini telah nabi Muhammad saw sabdakan yang bermaksud:

“Bagaimana keadaan kamu wahai manusia di ketika mana golongan wanita kamu memberontak(melampaui batas kesusilaan) dan pemuda kamu menyimpang daripada kebenaran(rosak moral).”

Jawab para sahabat,”wahai rasulullah,adakah perkara yang begini akan berlaku?”

“Ya”,jawab baginda.

Ibnu Waddah meriwayatkan dalam “Al Bida” dengan sanadnya daripada Dhimam Ibnu Al Mu’afiri daripada sekumpulan ahli ilmu bahawa nabi saw bersabda:

“Bagaimana keadaan apabila golongan pemuda di antara kamu terjerumus ke dalam kancah maksiat,golongan wanita melampaui batasan dan ramai yang jahil tentang agama?”Berkata para sahabat,”Apakah perkara sedemikian akan berlaku ya rasulullah?”Sabda baginda,”yang lebih teruk daripada itu pun akan berlaku juga”.

Sekarang dengan jelas dan terbuka kita dapat melihat banyak perkara seperti yang rasulullah saw sabdakan telah berlaku. Mereka tanpa segan silu melakukan segala macam maksiat dan kemungkaran.Stdah tidak ada lagi jurang antara islam dan kekufuran. Semoga kita terselamat daripada fitnah tersebut.

0 comments:

Post a Comment