Indahnya Akhlak Seorang Khalifah

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah bani Umaiyah yang terkenal dengan kebijaksanaanya.Dia menjadi khalifah pada 99H atau 717 masihi yang menggantikan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik yang berasal daripada keturunan Saiyidina Umar Al Khatab.

Selepas upacara perlantikan khalifah baru,beliau merasa sangat letih.Oleh itu dia berhasrat untuk berehat dahulu sambil menunggu waktu Zuhr. Sebaik sahaja membaringkan badannya,tiba-tiba anaknya,Abdul Malik datang menemuinya dan berkata, "Ada orang ingin berjumpa,ayah".

"Aku ingin tidur sebentar.Selepas Zuhr aku akan terima sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan ku",jawab khalifah.

Maka Abdul Malik pun berkata, "Ayah,siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga Zuhr?".

"Astaghfirullah.."khalifah tersedar daripada kesilapannya dan bingkas bangun daripada tempat tidurnya.

"Aku beruntung mempunyai anak yang selalu membantuku menegakkan ajaran agama,"katanya sambil memeluk anaknya.Khalifah segera pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.

Pada suatu pagi sebelum Subuh,khalifah masuk ke masjid untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah.Ruang di dalam masjid masih gelap kerana lampu belum dihidupkan.Ketika dia berjalan dia terpijak seseorang yang sedang tidur di situ.Orang yang dipijak itu lantas menjerit, "Apakah kamu sudah gila?!"

Pengawal yang mengiringi khalifah merasa marah dengan perbuatan orang yang menjerit tadi yang dianggap tidak beradab. Dia memegang tangan orang yang menjerit tadi namun khalifah segera menarik tangan pengawal itu dan berkata, "Mengapa kita mesti marah?Bukankah dia cuma bertanya adakah kita sudah gila.Jawapannya ialah tidak,selesai?"

Demikianlah tingginya akhlak seorang khalifah umat islam yang patut dicontohi oleh setiap orang.

0 comments:

Post a Comment