Tawakal Seorang Pedagang


Ibrahim mempunyai suatu hobi iaitu memancing. Setelah ia penat memancing,ia memilih suatu tempat dan membentangkan tikar untuk makan. Ketika sedang makan,seekor burung gagak datang dan mengambil roti Ibtahim dengan paruhnya lalu terbang ke angkasa.Ibrahim hairan lalu mengejar burung itu.

Ibrahim segera memacu kudanya mengejar burung itu sehingga melintasi satu bukit. Dia dapat melihat gagak tadi dan cuba menghampirinya.Ketika semakin hampir,gagak itu terbang kembali.

Tiba-tiba Ibrahim melihat seorang lelaki yang terikat dalam keadaan menelentang. Dia lalu menghampirinya lalu melepaskan ikatannya.Ibrahim bertanya kepada lelaki itu mengenai apa yang telah terjadi.Lelaki itu menjawab:
“Aku ialah seorang pedagang. Suatu ketika ada sekumpulan perompak datang merompak dan merampas hartaku,menyiksa dan mengikat tangan ku. Burung gagak tadi telah member iku roti selama seminggu. Ia hinggap di dadaku lalu menyuapkan aku roti itu. Allah tidak pernah membiarkan aku kelaparan ‘.

Ibrahim lalu balik menunggang kudanya.Dia bertaubat dan kembali ke jalan Allah.Dia menanggalkan baju kebesarannya lalu ditukar dengan pakaian biasa. Budak-budak suruhannya lalu dimerdekakan. Harta bendanya ditinggalkan.Ibrahim memungut sebatang tongkat lalu menuju ke Mekah tanpa bekal dan kenderaan. Hanya tawakal kepada Allah sahajalah bekalnya.

Tiba di Mekah dia pum berasa lapar. Dia bersyukur kepada Allah dan memujiNya berkali-kali. Ia lulu membaca ayat Allah:

“dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”-At Thalaq:2-3







0 comments:

Post a Comment