Indahnya Akhlak Seorang Khalifah

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah bani Umaiyah yang terkenal dengan kebijaksanaanya.Dia menjadi khalifah pada 99H atau 717 masihi yang menggantikan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik yang berasal daripada keturunan Saiyidina Umar Al Khatab.

Selepas upacara perlantikan khalifah baru,beliau merasa sangat letih.Oleh itu dia berhasrat untuk berehat dahulu sambil menunggu waktu Zuhr. Sebaik sahaja membaringkan badannya,tiba-tiba anaknya,Abdul Malik datang menemuinya dan berkata, "Ada orang ingin berjumpa,ayah".

"Aku ingin tidur sebentar.Selepas Zuhr aku akan terima sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan ku",jawab khalifah.

Maka Abdul Malik pun berkata, "Ayah,siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga Zuhr?".

"Astaghfirullah.."khalifah tersedar daripada kesilapannya dan bingkas bangun daripada tempat tidurnya.

"Aku beruntung mempunyai anak yang selalu membantuku menegakkan ajaran agama,"katanya sambil memeluk anaknya.Khalifah segera pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.

Pada suatu pagi sebelum Subuh,khalifah masuk ke masjid untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah.Ruang di dalam masjid masih gelap kerana lampu belum dihidupkan.Ketika dia berjalan dia terpijak seseorang yang sedang tidur di situ.Orang yang dipijak itu lantas menjerit, "Apakah kamu sudah gila?!"

Pengawal yang mengiringi khalifah merasa marah dengan perbuatan orang yang menjerit tadi yang dianggap tidak beradab. Dia memegang tangan orang yang menjerit tadi namun khalifah segera menarik tangan pengawal itu dan berkata, "Mengapa kita mesti marah?Bukankah dia cuma bertanya adakah kita sudah gila.Jawapannya ialah tidak,selesai?"

Demikianlah tingginya akhlak seorang khalifah umat islam yang patut dicontohi oleh setiap orang.

Kuda Yang Cerdik

Suatu hari,Abdullah bin Mubarrak melihat seekor kuda yang dijual di pasar dengan harga 40 dirham.

"Murah sekali,"kata Abdullah.Dia berhasrat ingin membelinya tetapi dia pernah mendengar orang berkata bahawa kuda itu mempunyai kelemahan.

"Apakah kelemahannya?" tanya Abdullah kepada penjual kuda itu.

"Kuda ini tidak sesuai ditunggangi.Ia akan berhenti kerika musuh mengejar sehingga musuh boleh memberkasmu.Ia akan meringkik disaat engkau menyuruhnya diam".

"Ini bererti harganya mahal",kata Abdullah sambil berlalu pergi.

Salah seorang murid Abdullah bin Mubarrak telah membeli kuda itu.Ketika kuda itu dibawa berperang,ternyata kuda itu mempunyai perangai yang baik.

"Sudahkah engkau membuktikan kelemahan kuda itu?" tanya Abdullah.

"Ya,memang demikian tetapi ketika aku membelinya aku berbisik ke telinga kuda itu:Hai kuda,aku telah meninggalkan dosa ku.Aku sudah bertaubat dan kembali kepada Allah maka kamu juga perlu meninggalkan tabiat burukmu itu.Kepala kuda itu bergerak tiga kali.Ia seolah-olah menjawab dengan gembira.Barulah aku tahu bahawa tabiat buruk kuda itu bukanlah daripada kuda itu tetapi daripada pemiliknya.Kuda itu mengutuk pemiliknya yang kafir".

Ingatlah,jika Allah melaknat sesuatu maka segala sesuatu akan melaknatnya.Demikian juga kuda yang melaknat pemiliknya yang kafir,zalim munafik atau sombong sehingga terlempar daripada punggungnya.

Ibrahim Dengan Bekas Hambanya


Ibrahim bin Adham mempunyai 72 orang hamba.Ketika dia bertaubat dan kembali ke jalan Allah,dia telah memerdekakan semua hambanya itu.Suatu hari dia telah bertemu dengan salah seorang bekas hambanya yang berada dalam keadaan mabuk.
"Hai saudara,tunjukkan aku ke rumahku",pinta pemabuk tadi.
"Ya",jawab Ibrahim. Ibrahim tidak membawa pemabuk itu ke rumah tetapi dia membawanya ke kubur.Ketika pemuda yang mabuk tadi tahu dia berada di permakaman,dia pun marah dan memukul Ibrahim habis-habisan. "Sudah aku karakan,bawa aku ke rumahku!Kenapa engkau membawa aku ke kubur?".
"Wahai Ratsagh!Wahai otak yang kerdil!Inilah rumah yang sesungguhnya.Rumah-rumah lain seluruhnya adalah kiasan semata-mata",jawab Ibrahim.

Keilmuan Ali Diuji

Suatu ketika Ali kwj telah didatangi oleh 10 orang cendekiawan dari kaum Khawarij dan memohon izin untuk bertanya satu soalan untuk menguji ilmu Ali kwj.Mereka bertanya: "Antara kekayaan dan ilmu pengetahuan,yang manakah lebih baik dan mengapa anda berkata begitu?Mohon jawapan yang berbeza untuk setiap kami masing-masing".Ali pun memberikan jawapan sesuai dengan jumlah penanya:

  1. Ilmu adalah pusaka peninggalan para nabi manakala kekayaan adalah warisan peninggalan Firaun maka ilmu lebih penting daripada kekayaan.
  2. Anda harus melindungi kekayaan anda sedangkan ilmu melindungi anda.Terbukti ilmu lebih penting.
  3. Orang yang memiliki kekayaan memilik ramai musuh manakala orang berilmu mempunyai ramai teman maka ilmu lebih penting.
  4. Ilmu semakin bertambah jika dibahagi-bahagikan sedangkan kekayaan akan berkurangan kerana perbuatan itu.
  5. Seseorang yang berilmu cenderung bersifat dermawan sedangkan orang yang kaya cenderung kedekut.
  6. Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri orang.
  7. Ilmu lebih baik kerana waktu tidak boleh melenyapkannya sedangkan harta akan berkarat dan akan habis dimakan.
  8. Ilmu tidak terbatas sedangkan harta anda boleh hitung jumlahnya.
  9. Ilmu mencerahkan fikiran sedangkan harta kekayaan menggelapkan minda.
  10. Ilmu menyebabkan nabi saw sedar akan kemanusiaan dirinya yang tercermin di dalam doanya:"Kami menyembahMu kerana kami adalah hambaMu." Sedangkan kekayaan menumbuhkan kesombongan dalam diri Namrud dan Firaun sehingga membuatkan mereka mendakwa diri mereka sebagai Tuhan.

Jibril as,Kerbau,Kelawar Dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui
salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau
apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.
Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril
AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau,