KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk

ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu

berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat

membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai

usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua

usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu

sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri

mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki

yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir

kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang

terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di

atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat

lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah

kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang

yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah,

tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan

berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga

itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat

tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka

selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang

semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan

membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air

dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil

berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan

beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam

ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri

di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali

Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal

yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh

seorang jutawan Mesir."

WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah

kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di

Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun

mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada

Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga

terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti

asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan

pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang

berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagibahagikan

harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada

seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Taqwa Saiydina Ali

Dalam peperangan Uhud,Saiyidina Ali ra telah diserang oleh seorang pahlawan musuh yang amat cekap lagi gagah.Tubuh Saiyidina Ali telah berlumuran darah.Dalam keadaan kesakitan begitu,masih ada musuh yang menyerangnya.Saiyidina Ali bernasib baik kerana mampu menangkis serangan itu lalu menjatuhkan musuhnya.

Pedang lelaki itu terlepas.Dengan pantas Saiyidina Ali terus membuang pedang lelaki itu jauh-jauh.Kemudian Saiyidina Ali menerkam dan ingin menjunamkan pisau ke leher musuhnya itu.

Sebelum sempat pisau itu terkena leher,lelaki it terus meludah muka Saiyidina Ali.Saiyidina Ali amat terkejut namun begitu dia masih dapat berfikir dengan waras.Dia tidak jadi membunuh musuhnya itu.

Saiyidina Ali menyuruh lelaki itu berdiri.Musuhnya itu amat hairan dengan kejadian yang baru berlaku itu lalu bertanya, "Mengapa engkau melepaskan aku?Mengapa engkau tidak membunuh aku?"

Saiyidina Ali menjawab dengan tenang, "Memang pada mulanya aku ingin membunuhmu demi membela agamaku.Tetapi setelah engkau meludahi mukaku,aku bimbang apa yang aku lakukan bukan lagi kerana Allah semata-mata tetapi disebabkan marahku terhadapmu."

Nafsu Yang Degil

Dalam kitab karangan Usman bin Hassan bin Ahmad,ada diceritakan Allah swt telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal!Mengadaplah engkau.Aku ingin tahu darimu siapakah Aku dan siapa pula engkau?"

Lalu akal pun menjawab, "Engkau adalah Tuhan yang menjadikan aku dan aku adalah hambaMu yang lemah".Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap tetapi nafsu hanya mendiamkan diri.Begitulah sehingga tiga kali ia dipanggil barulah ia datang mengadap.Allah bertanya kepadanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?"

Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku."Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama seratus tahun kemudian mengeluarkanya semula untuk disoal.Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?"Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku."Allah lalu memasukanya ke dalam neraka juu' pula selama seratus tahun kemudian mengeluarkanya untuk disoal semula.

Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya.Katanya, "aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang maha kaya."Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan bahawa dengan sebab itulah Allah mewajibkan berpuasa bagi mengekang nafsu.

Masakan Nabi Sulaiman as

Nabi Sulaiman as mempunyai kerajaan yang sangat besar,pemerintahannya terdiri daripada bangsa jin,manusia,binatang serta dapat menguasai angin.

Suatu hari Nabi Sulaiman as meminta izin daripada Allah untuk memberi rezeki kepada setiap makhluk supaya mendapat rezeki selama setahun penuh.

Allah berfirman, "Kamu tidak mampu untuk berbuat demikian."Nabi Sulaiman berkata pula, "Izinkanlah Ya Allah untuk aku satu hari sahaja."Lalu Allah mengizinkannya.

Nabi Sulaiman as segera memerintahkan semua golongan jin dan manusia untuk memasak makanan dan diletakkan di suatu tempat.Apabila makanan itu siap disusun,maka panjangnya ialah seperti sebulan perjalanan dan begitu juga lebarnya.

Allah bertanya kepada Nabi Sulaiman, "Wahai Sulaiman!Makhluk manakah yang akan memulakanya?"Jawab Nabi Sulaiman as, "Makhluk di laut dan di darat."Kemudian Allah telah memerintahkan ikan besar memulainya.

Kata ikan itu, "Wahai Sulaiman!Sesungguhnya Allah telah member rezekiku di tangan mu hari ini."

Belum pun sesaat menghadapi makanan itu,lalu habis semuanya dimakan.Kata ikan itu, "Wahai Sulaiman!Berilah aku makan sehingga kenyang."Jawab Nabi Sulaiman as, "Apakah kamu belum merasa kenyang lagi?"Sebaik sahaja mengetahui ikan itu belum kenyang,Nabi Sulaiman terus sujud kepada Allah sambil berkata, "Maha suci zatMu yang menanggung rezeki setiap makhluk.Sesungguhnya yang menerima itu,dia tidak pernah merasakan apa-apa."

Keberanian Imam Nawawi

Ketika peperangan di antara kerajaan Mamalik dan tentera Monggol berlaku,kerajaan Islam Mamalik telah kekurangan bekalan untuk membiayai peperangan itu.

Raja Mamalik telah meminta para ulamanya untuk mengeluarkan satu fatwa yang membolehkan kerajaan mengutip wang rakyat untuk tujuan peperangan tersebut.Maka ramailah ulamanya yang menghukumkannya harus.Namun demikian,Raja Mamalik masih tidak berpuashati kerana ada seorang ulama agungnya yang menarik diri daripada mengeluarkan sebarang fatwa.Ulama tersebut ialah Imam Nawawi.

Atas desakan yang bersungguh-sungguh,Imam Nawawi akhirnya bersetuju lalu berkata, "Hamba telah mengetahuinya bahawa dahulu Tuanku adalah seorang tawanan perang yang daif tetapi berkat pertolongan Allah Tuanku akhirnya menjadi seorang raja.Tuanku memiliki 1000 orang hamba abdi,yang mana setiap seorang mereka memakai pakaian yang mahal-mahal dan beberapa utas emas yang tinggi nilainya.Disamping itu,Tuanku juga ada menyimpan 200 orang gundik yang mana setiap mereka Tuanku juga berikan hiasan batu permata dan beberapa utas rantai emas.Kalaulah Tuanku mengumpul semula segala hiasan itu sudah semestinya ia cukup untuk membiayai belanja peperangan ini.Sekiranya masih tidak mencukupi barulah hamba berani mengeluarkan fatwa yang Tuanku boleh memungut harta daripada rakyat."

Teguran yang amat berani telah menyedarkan imam-imam lain.Raja Mamalik menjadi murka lalu memerintahkan agar Imam Nawawi diusir dari Kota Damsyik.