Ketika peperangan di antara kerajaan Mamalik dan tentera Monggol berlaku,kerajaan Islam Mamalik telah kekurangan bekalan untuk membiayai peperangan itu.
Raja Mamalik telah meminta para ulamanya untuk mengeluarkan satu fatwa yang membolehkan kerajaan mengutip wang rakyat untuk tujuan peperangan tersebut.Maka ramailah ulamanya yang menghukumkannya harus.Namun demikian,Raja Mamalik masih tidak berpuashati kerana ada seorang ulama agungnya yang menarik diri daripada mengeluarkan sebarang fatwa.Ulama tersebut ialah Imam Nawawi.
Atas desakan yang bersungguh-sungguh,Imam Nawawi akhirnya bersetuju lalu berkata, "Hamba telah mengetahuinya bahawa dahulu Tuanku adalah seorang tawanan perang yang daif tetapi berkat pertolongan Allah Tuanku akhirnya menjadi seorang raja.Tuanku memiliki 1000 orang hamba abdi,yang mana setiap seorang mereka memakai pakaian yang mahal-mahal dan beberapa utas emas yang tinggi nilainya.Disamping itu,Tuanku juga ada menyimpan 200 orang gundik yang mana setiap mereka Tuanku juga berikan hiasan batu permata dan beberapa utas rantai emas.Kalaulah Tuanku mengumpul semula segala hiasan itu sudah semestinya ia cukup untuk membiayai belanja peperangan ini.Sekiranya masih tidak mencukupi barulah hamba berani mengeluarkan fatwa yang Tuanku boleh memungut harta daripada rakyat."
Teguran yang amat berani telah menyedarkan imam-imam lain.Raja Mamalik menjadi murka lalu memerintahkan agar Imam Nawawi diusir dari Kota Damsyik.
0 comments:
Post a Comment