Pondan!

Antara perkara yang pelik yang berlaku kepada umat masa kini ialah golongan lelaki yang menyerupai wanita dan begitu pula yang sebaliknya. Hari ini,perkara pertama yang dilakukan oleh seorang pemuda apabila bangun pagi ialah mencukur janggutnya,memakai krim rambut dan bau-bauan seperti seorang wanita. Sesetengahya pula ada yang mencukur bulu kening dan mewarnainya. Rambut juga akan disemburkan dengan pewangi kemudian menggayakannya seperti rambut seorang perempuan kerana “up to date” dan menurut fesyen terkini. Ada sesetengahnya pula memakai gelang dan rantai emas. Tidak kurang juga yang bertocang atau memakai riben sehingga menampakan diri mereka itu seorang pondan yang mengada-ngada,mengalahkan golongan wanita yang sebenar. Tidak ketinggalan juga para wanita. Baik dari segi pakaian,kasut,kerjaya,penulisan di suratkhabar dan majalah,politik dan sebagainya sehingga menyerupai golongan lelaki. Tidakkah kita tahu bahawa golongan wanitlah yang paling mudah memasuki syurga dan paling mudah memasuki neraka?Apabila berkerjaya seorang wanita itu,apatah lagi jika kedudukan pendidikannya lebih tinggi berbanding seorang suami,maka ketika itulah mereka akan mudah dikuasai sikap ego dan melawan kata-kata suami. Mudahnya wanita memasuki syurga dengan menjaga harta suami ketika ketiadaan suami serta menjaga nama baik suami dan tidak menceritakan kelemahan suami kepada orang lain.


Nabi Muhammad saw telah mengkhabarkan:

“Perbuatan sebegitu adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat”.

Abu Nu’aim dalam “Al Hilyah” meriwayatkan daripada Huzaifah bahawa nabi saw bersabda:

“Antara tanda-tanda kiamat ialah golongan lelaki menyerupai wanita dan golongan wanita menyerupai lelaki.”

Namun telah menjadi sifat semulajadi manusia sejak nabi Adam as diciptakan,apabila dilarang kita melakukan sesuatu maka yang dilarang itulah yang akan dibuat orang. Hanya orang yang betul-betul taqwa kepada Allah sahaja yang mampu menggunakan akal dan imannya dalam membuat sesuatu penilaian sebelum melakukannya.

0 comments:

Post a Comment