Besarnya Rahmat Allah

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi SAW bersabda:


“Seorang pendosa yang sangat mengharapkan rahmat daripada Allah lebih dekat di sisi Allah daripada ahli ibadah yang berputus asa daripada rahmat Allah”.



Abu Hurairah mengisahkan berdasarkan cerita daripada Nabi SAW.

Hiduplah seorang lelaki yang selama ia hidup ia tidak pernah berbuat kebaikan melainkan keyakinannya kepada Allah.

Ketika saat matinya ia berpesan kepada ahli keluarganya: “Jika aku mati kelak,bakarlah mayatku. Buangkanlah abunya ke laut ketika angin bertiup”.

Keluarganya pun memenuhi permintaannya itu.

Ketika di akhirat Allah bertanya kepadanya: “Amalan apakah yang engkau jadikan bekal?”

“Hanya rasa takut ketika bertemu denganMu wahai Tuhanku”’jawabnya.

Lantas Allah mengampuninya sedangkan ia tidak pernah berbuat baik selain mengesakan Allah.

0 comments:

Post a Comment