Kuda Yang Cerdik

Suatu hari,Abdullah bin Mubarrak melihat seekor kuda yang dijual di pasar dengan harga 40 dirham.

"Murah sekali,"kata Abdullah.Dia berhasrat ingin membelinya tetapi dia pernah mendengar orang berkata bahawa kuda itu mempunyai kelemahan.

"Apakah kelemahannya?" tanya Abdullah kepada penjual kuda itu.

"Kuda ini tidak sesuai ditunggangi.Ia akan berhenti kerika musuh mengejar sehingga musuh boleh memberkasmu.Ia akan meringkik disaat engkau menyuruhnya diam".

"Ini bererti harganya mahal",kata Abdullah sambil berlalu pergi.

Salah seorang murid Abdullah bin Mubarrak telah membeli kuda itu.Ketika kuda itu dibawa berperang,ternyata kuda itu mempunyai perangai yang baik.

"Sudahkah engkau membuktikan kelemahan kuda itu?" tanya Abdullah.

"Ya,memang demikian tetapi ketika aku membelinya aku berbisik ke telinga kuda itu:Hai kuda,aku telah meninggalkan dosa ku.Aku sudah bertaubat dan kembali kepada Allah maka kamu juga perlu meninggalkan tabiat burukmu itu.Kepala kuda itu bergerak tiga kali.Ia seolah-olah menjawab dengan gembira.Barulah aku tahu bahawa tabiat buruk kuda itu bukanlah daripada kuda itu tetapi daripada pemiliknya.Kuda itu mengutuk pemiliknya yang kafir".

Ingatlah,jika Allah melaknat sesuatu maka segala sesuatu akan melaknatnya.Demikian juga kuda yang melaknat pemiliknya yang kafir,zalim munafik atau sombong sehingga terlempar daripada punggungnya.

0 comments:

Post a Comment