Taqwa Saiydina Ali

Dalam peperangan Uhud,Saiyidina Ali ra telah diserang oleh seorang pahlawan musuh yang amat cekap lagi gagah.Tubuh Saiyidina Ali telah berlumuran darah.Dalam keadaan kesakitan begitu,masih ada musuh yang menyerangnya.Saiyidina Ali bernasib baik kerana mampu menangkis serangan itu lalu menjatuhkan musuhnya.

Pedang lelaki itu terlepas.Dengan pantas Saiyidina Ali terus membuang pedang lelaki itu jauh-jauh.Kemudian Saiyidina Ali menerkam dan ingin menjunamkan pisau ke leher musuhnya itu.

Sebelum sempat pisau itu terkena leher,lelaki it terus meludah muka Saiyidina Ali.Saiyidina Ali amat terkejut namun begitu dia masih dapat berfikir dengan waras.Dia tidak jadi membunuh musuhnya itu.

Saiyidina Ali menyuruh lelaki itu berdiri.Musuhnya itu amat hairan dengan kejadian yang baru berlaku itu lalu bertanya, "Mengapa engkau melepaskan aku?Mengapa engkau tidak membunuh aku?"

Saiyidina Ali menjawab dengan tenang, "Memang pada mulanya aku ingin membunuhmu demi membela agamaku.Tetapi setelah engkau meludahi mukaku,aku bimbang apa yang aku lakukan bukan lagi kerana Allah semata-mata tetapi disebabkan marahku terhadapmu."

1 comments:

Anonymous said...

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Post a Comment